PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Monday, December 18, 2006

HARI INI DALAM SEJARAH..


Sebagai mantan Minggu Penulis Remaja ( MPR ) saya begitu berbangga kerana kami mantan-mantan MPr telah pun mempunyai blog kami sendiri. Hal ini dapat merapatkan lagi hubungan kami melalui arus teknologi yang mana ini merupakan blog yang PERTAMA dibina oleh mantan MPR selama 21 tahun program itu dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dengan adanya blog mpr06.blogspot.com ini sedikit sebanyak ia dapat mencetuskan idea-idea yang bernas dan dapat dikongsi untuk kita sama-sama menunaikan tanggung jawab kita sebagi seorang penulis yang mana telah kita pelajari semasa di Minggu Penulis Remaja 2006.

Ucapan terima kasih kepada Mohd Faizal yang telah membina blog ini..

minggu penulis remaja 2006

ramai dikalangan remaja kita yang tidak mengetahui yang mana adanya satu program yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan penulis-penulis remaja yang berbakat di tanah air kita. Pada 10-16 disember yang lalu minggu penulis remaja 2006 tekah diadakan di PORT DIRKSON negeri adat pepatih yang mana ia telah menghimpunkan penulis-penulis remaja dari seluruh pelusuk tanah air untuk memberi pendedahan yang lebih besar kepada mereka dalam bidang penulisan kretif di tanah air.
jadi sesiapa yang hendak mengetahui lebih lanjut boleh berkongsi pengalaman dengan saya mengenai hal ini.