PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Saturday, November 15, 2008

bertolak ke pangkor

Malam ni aku dan juga semua kawan aku akan bertolak ke pangkor. lambaian pangkor semakin mengamit kedatangan kami. Aduh..tak sabar rasanya aku nak berenang di laut yang serba biru. Hai..banyak aktiviti aku akan aku buat di pangkor tu. hari ini aku akan pergi bersama dengan budak-budak LEADERS dan juga ada geng PJ aku. hehehehehehehe nanti sambung lagi k.

Friday, November 14, 2008

sambungan

Memang benar apa yang dikatakan oleh orang, kehidupan akana mengajar kita untuk lebih baik. Esok (15.11.2008) saya akan ke pangkor untuk mengendalikan kursus kepada budak-budak junior kolej saya. Seronok rasanya nak berkhemah dah lama saya tak berkhemah di tepi laut. Seingat Justify Fullsaya tahun lepas jer saya pergi berkhemah di langkawi iaitu di pulau singa besar, best sangat dok kat sana. Seronok bila jauh dari hiruk-pikuk bandar yang jauh lebih sibuk dengan segala hal. Aman sangat bila hanya memandang laut yang terbentang luas. Fuh, best giler la oran g cakap. Esok juga aku dan juga geng-geng saya akan membelasah budak-budak junior sampai lumat, tambah pulak junior2 tu semua budak kos aku. Nak buat mcm mana semua tu dah adat budak Pendidikan Jasmani..hehehehe tapi aku bukan mcm senior yang lain yang suka hentam junoir, aku seorang yang sempoi jer..suka sangat tolong budak2 junior nie.

Kehidupan di UPM nie memang best sangt. Aku boleh buat benda yang belum pernah aku buat tapi ingat yang positif tau bukan pekara yang negatif. kalau bab sukan tu memang banyak la sukan yang aku belajar kat sini, cakap sukan apa yang aky tak penah main yang aku rasa semua sukan dah aku mian tinggal beberapa sukan contohnya angkat berat, lawan pedang dan mcm2 lagi la...hehehehehe yang aku main sukan yang popular jer..hehehehehe

bebalik pegi ke pangkor esok nie..hehehehe tak sabar aku nak main kayak, pancat gunung dan sebagainya..mayb aku nak cari ilham la nak buat karya aku. hehehehe aku ingat sebelum aku grade nie aku nka juga buat satu novel mcm kawan2 aku..hehehe nanti aku sambung lagi ok..byeeeee

Thursday, October 23, 2008

ada hikmah di sebaliknya..

Salam kepada semau pembaca blog saya..dah lama agaknya jari jemari ini tidak menaip di dalam ruangan blog ini. selama belajar di UPM banyak suka dan duka yang telah saya harungi dalam mencari sedikit ilmu yang terlalu luas untuk saya mencarinya bagaikan lautan luas yang tidak nampak akan daratan. Tidak terbilang banyaknya apakah dugaan yang aku lalui untuk mengajr cita-cita yang ingin aku gapaikan untuk menjadikannya suatu yang realiti untuk aku pengang. Sebagai seorang mahasiswa masalah kewangan memang menjadi penghalang untuk hidup di dalam negara yang dipanggil universiti ini. Makan mee segera atau "meegi" adalah perkara yang biasa di lakukan dan memang makan ruji bagi seorang mahasiswa jika terdesak duit di dalam poket.
Saya tak terkecuali dengan perkara-perkara ini, mana ke tidaknya duit yang diberikan tidak mencukupi untuk menapung perbelanjaan di sini tetapi hikmahnya disini aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai mak, baba, abg ayie dan adik beradik aku yang boleh membantu. Hikmah itulah yang mengajar aku untuk berjimat dalam pembelajaan. Tugasan di U ini memang memerlukan aku berlanja dengan lebih hemah..Namun apa yang terjadi aku akan tempuhi dengan tenang dan menggunakan otak pemberian yang Maha Esa ini....Bersambung

Tuesday, March 11, 2008

ANDAI KU TAHU

andaiku tahu bila tiba masaku,
inginku mohon tuhan panjangkan umurku,

andaiku tahu bila tiba masaku,
ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku,

aku takut akan semua dosa-dosaku,
aku takut dosa yang menjadi selimut diriku,

aku manusia yang takut neraka,
namun aku juga akan terkandas di syurga.

andaiku tahu bila tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat padamu.

Tuesday, November 13, 2007

pening.....tension

kenapa kita selalu tension. Tidak bolehkah kalau kita duduk dalam keadaan tenteram. Sesekali nak diri ini pergi jauh dalam kepunggan masalah yang serba banyak, tetapi apakan daya tidak boleh untuk berbuat demikian. Banyak kerja, masalah, aktiviti yang mengikat diri ini dari membuat apa yang perlu aku buat. untuk mencapai sesuatu memang bukan mudah dalam mendapatkan apa yang kita hajati tetapi ketabahan adalah perlu untuk mencapainya. Kesabaran adalah senjata dalam aku mencapai kejayaan......

Monday, July 2, 2007

sem baru nak datang...

9 haribulan ni, sedar tak sedar aku telah pun melangkah ke semester ketiga. cepat betul masa berlalu, namun aku masih tidak lupakan pengalaman aku semasa di semster pertama. hal itulah yang menjadikan aku semangat untuk terus mengejar cita-cita. hanya wajah bonda yang bermain di mataku dalam aku mengorak langkah untuk menuntut ilmu yang semakin hari semakin dalam aku gali dan pelajar.
tapi aku tidak melupakan hasrat aku menjadi penulis. Memang ramai kawan-kawan aku telah berjaya menjadi penulis, namun masih aku sedarkan diri ini untuk aku menulis sebuah novel dalam masa aku belajar di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Selamat berjaya di semester di hadapan..

Monday, May 7, 2007

nama je cuti tapi tak bercuti pun..

Dalam sem dua penuh betuil aktivit aku kat kolej n falkulti aku..nak buat macam mana terpaksa kerana ini adalah tugas aku sebgai seorang yang berbakti ke pada Universiti aku...tapi aku bergitu hampa sebab banyak karya yang belum dapat aku habiskan sebab dengan tugasan yang banyak tidak dapat aku lapangkan masa aku dengan mnulis...ini pun adalah tulisan aku dalam masa kecerderaan. Biarlah, tetapi banyak masa lagi aku untuk aku mengejar impian manjadi penulis biarpun rakan-rakanku telah memecut laju ke hadapan...tetapi aku jadikan semua itu semngat untuk aku melembarkan sayap aku dalam dunia penulisan..
Dua bulan cuti ini hanyalah nama bagi aku yang aku perlu tahu tetapi aku tidak menikmati maksudnya dengan sepenuhnya. Banyak kerja yang perlu aku lakukan dalam 2 bulan aku bercuti di kolejku...haiiiiii rindu bonda terhadapku hanyalah dapat dibalas dengan panggilan telefon aku...namun aku bahagia...