PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Wednesday, December 20, 2006

PEMIKIRAN REMAJA PADA MASA KINI...

Di arus globalisasi kenapa kita lihat remaja kita sudah berani untuk menjadi seperti 'mat salleh'. Salah siapa dalam hal ini. Bukan ini satu leteran untuk pembaca tapi ini adalah realiti yang semakin menular di kalang remaja kita. Tengoklah di Bukit Bintang bagaimana erti kemerdekaan kepada mereka, ada yang mewarna rambut yang tak ubah seperti ayam jantan, yang perempuan pakai baju seperti negara Malaysia ini tidak mempunyai pengimportan kain dari negara luar. Berlambak-lambak kain di pasaran kenapalah mereka harus menunjukkan mutiara kewanitaan mereka kepada orang.

Erti kemerdekaan yang mereka mahukan adalah tidak ada seseiapa yang melarang mereka unutk membuat apa sahaja yang mereka kehendaki. Malahan, ibu bapa yang selama ini memberi makan kepada meraka pun dianggap sebagai musuh. Apabila saya melihat di kaca televisyen bagaimana mereka mengenal erti kemerdekaan ianya hanya berlaku di hotel-hotel murah dan di situ berlakulah perbuatan yang menjijikan bagi orang islam khususnya. Itulah yang malang sekali, selalunya remaja melayu dan beragama islam yang seriang terjebak dalam lemabah kehinaan seperti ini. Mengapa ia berlaku? salah siapa dalam hal ini? nak salahkan mak bapak boleh tapi tidak semua ibu bapa seperti itu. Tidak dinafikan kesibukan berkerja untuk mencari nafkah di kota raya menghalang untuk ibu bapa melihat atau bertanya khabar kepada anak mereka sendiri. Sewajarnya sebagai ibu bapa mereka boleh berkomunikasi dengan anak mereka yang mana kecanggihan multimedia dapat menghalang jarak interaksi antara ibu bapa dan anak jauh sekali.

Fikirlah!!! mengapa kita mahu melihat ramai remaja menjadi ibu sedangkan mereka belum bernikah. Kalau perkara seperti ini berlarutan negara kita tidak ubalah seperti negara ' mat salleh' yang mana kita tahu mereka lebih suka untuk tidak berkahwin tetapi tidak berkahwin secara sah bagi cara mereka. Hendakkah kita melaihat sedemikian???

Sedih saya melihat kenapa anak gadis kita senang sahaja di bawa oleh orang asing untuk memuaskan nafsu mereka. Hanya dengan belanja segelas minuman mereka diangkut dengan mudah untuk di bawa ke hotel. Malangnya yang buat pun pelajar IPTA.. Apa Kesss. Walaupun tak ada duit nak bayar yuran takkan la sampai nak gadai 'body' negara kita ada pusat zakat yang sedia membantu dalam hal-hal macam ni jadi gunalan inesiatif macam ni....

Oleh itu marilah sama-sama kita membenteras pemikiran remaja macam ni.....