PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Monday, July 2, 2007

sem baru nak datang...

9 haribulan ni, sedar tak sedar aku telah pun melangkah ke semester ketiga. cepat betul masa berlalu, namun aku masih tidak lupakan pengalaman aku semasa di semster pertama. hal itulah yang menjadikan aku semangat untuk terus mengejar cita-cita. hanya wajah bonda yang bermain di mataku dalam aku mengorak langkah untuk menuntut ilmu yang semakin hari semakin dalam aku gali dan pelajar.
tapi aku tidak melupakan hasrat aku menjadi penulis. Memang ramai kawan-kawan aku telah berjaya menjadi penulis, namun masih aku sedarkan diri ini untuk aku menulis sebuah novel dalam masa aku belajar di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Selamat berjaya di semester di hadapan..