ada hikmah di sebaliknya..
Salam kepada semau pembaca blog saya..dah lama agaknya jari jemari ini tidak menaip di dalam ruangan blog ini. selama belajar di UPM banyak suka dan duka yang telah saya harungi dalam mencari sedikit ilmu yang terlalu luas untuk saya mencarinya bagaikan lautan luas yang tidak nampak akan daratan. Tidak terbilang banyaknya apakah dugaan yang aku lalui untuk mengajr cita-cita yang ingin aku gapaikan untuk menjadikannya suatu yang realiti untuk aku pengang. Sebagai seorang mahasiswa masalah kewangan memang menjadi penghalang untuk hidup di dalam negara yang dipanggil universiti ini. Makan mee segera atau "meegi" adalah perkara yang biasa di lakukan dan memang makan ruji bagi seorang mahasiswa jika terdesak duit di dalam poket.
Saya tak terkecuali dengan perkara-perkara ini, mana ke tidaknya duit yang diberikan tidak mencukupi untuk menapung perbelanjaan di sini tetapi hikmahnya disini aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai mak, baba, abg ayie dan adik beradik aku yang boleh membantu. Hikmah itulah yang mengajar aku untuk berjimat dalam pembelajaan. Tugasan di U ini memang memerlukan aku berlanja dengan lebih hemah..Namun apa yang terjadi aku akan tempuhi dengan tenang dan menggunakan otak pemberian yang Maha Esa ini....Bersambung