PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Wednesday, January 31, 2007

misi bermula

kini bermula langkahku ke arena takraw universiti Malaysia. Kini bakatku akan diperhati dan dinilai untuk aku mencurah kudrat untuk mengharumkan nama negara dalam arena Sepak Takraw. Walaupun misi itu belum lagi dapat aku gapai namun itulah matlamat aku berada di UPM, bukan sekadar mengutip ilmu di saujana ilmiah yang luas tetapi mengorak langkah dalam meneliti erti seoarang atlit dan pelajar.

Sokongan yang diberikan memang amat diperlukan untuk menjadikan misi ini berjaya... Jumaat ini berangkatlan aku ke UiTM arau untuk mengempur gelanggan di sana.

MAJULAH SUKAN UNTUK MARUAH NEGARA DAN ADAT.