berita semasa...
Wanita minta jenazah anak dikebumikan dengan sempurna
SEREMBAN: Sekeping nota dipercayai ditulis seorang wanita yang
menyesal selepas melahirkan anak luar nikah ditemui ditinggalkan
bersama mayat bayi perempuannya dalam sebuah beg kertas di Masjid
Negeri, Jalan Datuk Hamzah di sini, pagi semalam.
Bayi malang yang cukup sifat itu ditemui pencuci Masjid Negeri yanghanya mahu dikenali sebagai Lina, 22, ketika dia melalui bilik wuduk
wanita masjid berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.Lina berkata, dia
mendekati beg kertas itu kerana menyangkakan ada orang tertinggal
barang dalam tandas.“Saya terkejut apabila terlihat mayat bayi berbalut
kain putih serta sekeping nota bersamanya,” katanya ketika
ditemui.Katanya, dia segera memberitahu hal itu kepada seorang
kakitangan masjid negeri yang kemudian menghubungi polis.Nota
bertulisan tangan itu menyatakan bayi bernama Nur Ain Atikah
Abdullah, dilahirkan pada jam 3.45 pagi pada 20 Disember lalu.Dia
mendakwa bayi itu meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 11.30
pagi.Penulis nota itu juga meminta jenazah bayi berkenaan dikebumikan
dengan sempurna dan berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana
dia sudah insaf serta bertaubat.Sementara itu, sumber polis berkata,
mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)
untuk bedah siasat.Katanya, bayi itu akan dibedah siasat hari ini bagi
mengenal pasti punca sebenar kematiannya.Katanya, sehingga petang
semalam, belum ada tangkapan dilakukan dan siasatan masih
dilakukan.“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi atau
ibunya diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
inilah yang saya katakan yang mana remaja akan terus menerus menjadi pembunuh jika mereka tidak di beri perhatian dengan lebih oleh pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment