PENJAGA MASA...

SEKAPUR SIRIH PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang melawati blog saya. Tujuan blog ini dibina adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan yang mana ia merupakan satu bidang pembinaan ukhwah insani yang sangat tinggi. Pada masa kini, negara kina sudah ketandusan penulis remaja yang mana mereka inilah yang boleh mencorakan pemikiran remaja yang seumur dengan mereka. Pada masa kini juga kita dapat lihat bagaimana gejala sosial dikalangan remaja semakin menular bagaikan akat marina di hutan khatulistiwa. Oleh yang demikian, sebagai penulis muda yang akan mencorakan negara mereka mempunyai tanggungjawab yang begitu besar untuk sama-sama menjadikan bidang penulisan sebagai medium untuk kita membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin tenat pada masa kini Sekian dahulu warkah ini daripada saya.......

MINGGU PENULIS REMAJA

MINGGU PENULIS REMAJA
BERSAMA SN S.OTHMAN KELANTAN

di malam penutup MPR 2006

BOLEH MAIN GAME KAT SINI...





Thursday, January 25, 2007

kenapa atlit lain tak dapat biasiswa KPT..

Ramai atlit kebangsaan gagal dapat biasiswa KPT
BIASISWA sukan diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), semalam, bingkas mengundang pertikaian berikutan hilangnya beberapa nama atlit kebangsaan dengan pencapaian gemilang di pentas antarabangsa daripada senarai penerima.Ganjaran terbaru itu menyaksikan 56 atlit terpilih menerima elaun sara hidup dan elaun latihan berjumlah RM1,500 sebulan, RM1,000 untuk elaun peralatan yang diberi sekali setahun selain bayaran penuh yuran pengajian.Untuk tambah menarik, sebilangan daripada 56 atlit berkenaan turut menerima elaun tambahan jika terpilih dalam program AsiaKom-Doha 2006 ataupun Gemilang yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN).Ia diakui sebagai biasiswa terbaik berbanding skim oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang hanya merangkumi bayaran yuran pengajian.Namun, persoalan timbul ialah mengapa nama atlit utama negara seperti pemenang pingat perak Sukan Asia, Roslinda Samsu (lompat bergalah), Mohd Robani Hassan (110m lari berpagar), Nurul Fatiha Abdul Hamid (gimnastik) dan pemenang pingat emas wushu pada Sukan Asia lalu, Chai Fong Ying tercicir.Keempat-empat atlit berkenaan ketika ini hanya menerima biasiswa KBS dan imbuhan RM2,500 daripada MSN sebagai anggota program Doha 2006 lalu.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman, bagaimanapun mempertahankan pemilihan atlit penerima biasiswa sukan KPT itu, dengan menegaskan betapa ia diputuskan oleh jawatankuasa bersama dianggotai kedua-dua kementerian.“Kita tidak boleh membandingkan biasiswa oleh KBS dan KPT kerana ia mengandungi ganjaran berbeza.“Ia diputuskan oleh jawatankuasa bersama antara KBS dan KPT yang bertujuan untuk menyokong, membantu dan cuba membentuk suasana mesra sukan buat menjadi pendorong atlit di pusat pengajian tinggi,” katanya.Tujuh atlit senior penerima biasiswa ketika majlis pelancaran oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamad, semalam, ialah Ahmad Firdaus Salim (olahraga), Beh Shun Ting (bola tampar), Jivan Mohan (hoki), Ahmad Najwan Aqra Hassaim (olahraga), dua pemain ragbi, Mohd Khairul Azhar, Mohd Syahir Asraf Rosli serta atlit judo, Chong Wai Keat.Beberapa daripada mereka jelas beruntung kerana selain biasiswa berkenaan, ganjaran tambahan turut diperolehi kerana menganggotai program AsiaKom-Doha dan Gemilang MSN.“Jika ada yang berasakan diri mereka berhak tetapi tercicir daripada senarai berkenaan, mereka boleh mendapatkan penjelasan daripada KBS ataupun MSN,” tambah Azalina.

ini sebab mereka telah menerima biasiswa KBS yang seakan sama dengan biasiwa ini...

No comments: